KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) telah diterima sebagai parti anggota Perikatan Nasional.

Surat penerimaan itu ditandatangani Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam surat berkenaan berkata, selaras dengan kemasukan itu, Gerakan hendaklah mematuhi segala syarat-syarat kemasukan sebagai parti anggota sebagai mana dikehendaki Perlembagaan Perikatan Nasional.

“Semoga kemasukan Parti Gerakan akan memantapkan lagi Parti Perikatan Nasional dan dapat menyumbang kepada pengukuhan kaum serta akan sentiasa bertindak dengan mengutamakan kepentingan Parti Perikatan Nasional,” katanya dalam surat tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast