KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) serius untuk memberikan saingan yang sengit dalam Liga Malaysia musim ini apabila dilaporkan telah menandatangani seorang pemain pertahanan berpengalaman dari Perancis iaitu Mamadou Wague.
Wague mempunyai status warganegara Lubnan dan ia memberi kelebihan kepada Pahang untuk mendaftarkannya sebagai pemain import Asia.
Dia akan berganding dengan Herold Goulon untuk memperkuatkan benteng pertahanan.
Lebih menarik, Wague turut dinobatkan sebagai pemain pertahanan terbaik Liga Premier Arab Saudi pada ketika itu.
Sepanjang karier bola sepaknya, dia menerima pelbagai anugerah seperti pemain pertahanan terbaik Liga Premier Ukraine, Liga Israel dan juga pemain terbaik Liga Premier Cypriot.
Wague juga pernah beraksi dengan kelab Iraq, Al Shorta pada musim 2018 hingga 2019 dan membantu kelab itu menjuarai Liga Premier Iraq.
Berdasarkan rekod, Wague juga penah mewakili skuad kebangsaan Perancis bawah 19 tahun (B-19) sebanyak empat kali pada tahun 2009 dan dia ketika itu dilihat sebagai prospek terbaik untuk diserap skuad senior Perancis.
Kehadirannya bakal memberi pilihan kepada pengendali Sri Pahang, Thomas Dooley untuk membentuk barisan yang mantap kerana Wague juga mempunyai kebolehan bermain di posisi ‘defensive midfield’. – MalaysiaGazette