Pelanggan yang mengunjungi tempat makan R&R perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

KUALA LUMPUR – Semua ruang makan di medan selera di kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dibuka termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 10 Februari 2021.

Pembukaan itu selari dengan pengumuman oleh kerajaan.

Sehubungan itu PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang berhenti untuk menikmati makanan dan minuman di kawasan-kawasan tersebut agar terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan iaitu hanya dua orang dibenarkan berada pada satu meja makan dengan memastikan penjarakan fizikal satu meter.

Pelanggan juga perlu terus mematuhi SOP keselamatan dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R dalam tempoh ini.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam.

Manakala, restoran, gerai serta trak bergerak makanan dan minuman termasuk kedai serbaneka beroperasi mulai jam 6 pagi hingga 10 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast