Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19  meningkat sedikit kepada 3,499 kes berbanding 3,318 kes semalam.

Ia sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif setakat ini adalah 261, 805 semuanya.

Justeru jumlah kes sembuh hari ini juga melebihi kes baharu harian iaitu 3,515 kes sekaligus menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan adalah 209,289 kes atau 79.9 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkat,  daripada kes harian baharu hari ini satu kes adalah import membabitkan warga tempatan.

Daripada 3,498 kes dalam negara, sebanyak 53.5 peratus daripadanya atau 1,871 kes adalah rakyat tempatan manakala selebihnya warga asing.

Manakala kes aktif adalah berjumlah 51,558 kes, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus) dan daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus), Kuala Lumpur sebanyak 511 kes (14.6 peratus), Sarawak 152 kes, Pulau Pinang 138 kes, Perak 121 kes, Kedah 111 kes dan Sabah 101 kes.

Tambah Noor Hisham, jumlah kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi sebanyak 263 kes sementara sebanyak 118 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di Selangor, sebanyak 70 kes atau 2.0 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast