JOHOR BAHRU – Keseronokan lima remaja melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi di Lebuhraya Link Kedua, Kulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow berkata, dalam Operasi Samseng Jalanan, Skuad 42 Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kulai, menahan remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang melakukan aksi ‘Superman’ pada jam 10.30 malam.

“Semasa operasi itu, remaja berkenaan menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kali ke belakang,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sementara lima buah motosikal turut disita.

Semua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pak Dato’ sila lelong jer motosikal setan rempit untuk mereka yang memerlukan motosikal mampu milik pergi kerja.

  2. Nasib baik semua tak mati temui ajal ketika buat aksi stuntman ala super man. Allah panjangkan usia mereka agar mereka boleh berlakon dalam filem Evo:Revolusi 2. Syabas

Comments are closed.