CONAKRY – Guinea mengisytiharkan penemuan semula wabak Ebola pada hari Ahad selepas tiga orang disahkan meninggal dunia.
Empat lagi individu masih dirawat dan diasingkan, kata Kementerian Kesihatan.
Pengumuman itu merupakan penularan pertama wabak terburuk di dunia yang pernah berlaku pada tahun 2013-2016.
Pesakit dikesan mengalami cirit-birit, muntah dan pendarahan setelah menghadiri acara pengebumian di Goueke.
“Berdepan dengan situasi ini dan sesuai dengan peraturan kesihatan antarabangsa, pemerintah Guinea mengisytiharkan wabak Ebola,” kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan.
Pesakit pertama dikebumikan pada 1 Februari adalah seorang jururawat di pusat kesihatan tempatan dan meninggal dunia setelah dipindahkan untuk rawatan ke Nzerekore, sebuah bandar berhampiran sempadan dengan Liberia dan Ivory Coast.
Wabak Ebola di Afrika Barat dikesan di Nzerekore telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11,300 orang, dengan sebilangan besar kes di New Guinea, Liberia dan Sierra Leone.
Memerangi Ebola sekali lagi akan memberi tekanan tambahan pada perkhidmatan kesihatan di Guinea kerana mereka juga memerangi pandemi Covid-19.
Guinea, sebuah negara yang mempunyai kira-kira 12 juta orang populasi, setakat ini merekodlan 14,895 jangkitan koronavirus dan 84 kes kematian.
Virus Ebola menyebabkan muntah dan cirit-birit yang teruk dan merebak melalui sentuhan dengan cecair badan.
Ia mempunyai kadar kematian yang jauh lebih tinggi daripada Covid-19, tetapi tidak seperti koronavirus, ia tidak disebarkan oleh pembawa asimtomatik. – MalaysiaGazette