KUALA LUMPUR – Gara-gara mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan membawa senjata api ketika menjalankan operasi pemantauan dan kebetulan memasuki sebuah tokong di Bilut Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu dikecam hebat netizen.
Lee Chin Chen, ADUN dari DAP itu teruk dikecam kerana menyifatkan tindakan polis dan anggota tentera itu sebagai keterlaluan, biadab dan tidak sensitif.
Pasukan Pemantauan itu menjalan operasi pematuhan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi memastikan masyarakat Tionghua mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, kehadiran pasukan keselamatan yang membawa senjata api tidak disenangi ADUN dari DAP itu yang kemudian membuat kenyataan meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta maaf.
Akaun Facebook beliau dan “DAP Untuk Semua” kemudian ‘diserang’ netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap ADUN terbabit yang menghina pasukan keselamatan menjalan tugas dengan menyatakan sebagai biadab dan keterlaluan.
“Tindakan anggota PDRM dan ATM yang membawa senjata semasa menjalankan operasi pemantauan dalam tokong Cina adalah keterlaluan, biadab dan tidak sensitif.
“Ketua Polis Negara perlu memohon maaf!,” tulisnya dalam posting Facebooknya.
Majoriti netizen yang tinggalkan komen dalam posting itu menegur sikap kebudak-budakan ADUN Bilut itu.
Menurut netizen Fernandes Des, polis dan ATM sedang bekerja, menjalankan tugas, bukan mereka suka-suka bawa senjata.
“Misallah tiba-tiba penyamun datang bawa senjata, macam mana? Nanti ADUN DAP tuduh pasukan keselamatan tidak menjalan tugas, leka dan macam-macam tuduhan. Takkan polis dan ATM nak bawa penyapu,” katanya.
Netizen Rahim Maarof pula menyatakan, memang polis dan tentera bawa senjata ke mana-mana ketika bertugas, adakah perlu mereka tinggalkan (senjata) di luar. Sendiri mau ingatlah, jangan bangkitkan perkara yang membodohkan diri sendiri.
“Awak tu wakil rakyat, jaga taraf awak. Kalau komen biarlah yang logik,” ujarnya.
Seorang lagi netizen yang dikenali Zul Combi Pkc berkata, ADUN Bilut mempunyai mentaliti yang paling rendah dan turut mempersoalkan kerja wakil rakyat itu yang mungkin tidak pernah turun padang membantu rakyat.
“Dia lebih suka tunjukkan kebodohan dirinya di Facebook,” katanya.
Netizen Ahmad Khariri Al-Hadi pula mempersoalkan posting ADUN Bilut itu dengan berkata, polis dan tentera menjaga ketenteraman awam.
“Tidak mungkin polis sesuka hati akan keluarkan senjata dari sarung jika tiada keperluan. Yang kamu takut sangat mengapa? Kau ingat polis suka-suka nak bawa senjata api? Takkan polis nak bawa cangkul masuk tokong,” katanya.
Bahkan, banyak lagi kata-kata kesat dan memalukan dihamburkan netizen kepada Chin Chen apabila sesuka hati mempersoalkan bidang tugas pasukan keselamatan. – MalaysiaGazette
gara-gara nak mengencing orang…akhirnya minum kencing sendiri…sama kes dgn adun warisan mohamidin ketapi…kematian pasukan keselamatan SABAH serta COVID hanya SANDIWARA
Kalau insiden bawa senjata api oleh polis dan tentera masuk masjid dan surau orang Islam tak marah ke? Macamlah ada pengganas radikal dalam tokong. Tokong itu tempat ibadat kesucian agama lain. Jaga sikit sensitiviti kaum lain. Masa SJR boleh lah bawak senapang atau pistol untuk mencegah rentas negeri, pemandu mabuk, penyeludup air ketum, dll. Gangguan seksual oleh polis tanya pemandu wanita tak pakai bra dan minta nombor telefon nak ajak keluar dating amatlah memalukan serta patut meminta maaf pada mangsa. Suspek hanya disuruh buat kerja dalam pejabat polis tapi tak dibuang kerja terus.
Bilut ini dulu sarang pengganas Komunis.