McLaren memperkenalkn jentera terbaharu pasukan 2021 yang dibarisi bekas pelumba Renault, Ricciardo

MADRID – Daniel Ricciardo menyatakan keterujaan dengan pasukan Formula 1 McLaren yang secara rasmi memperkenalkan jentera terbaharunya tahun 2021.

Malah Daniel turut diperkenalkan sebagai pelumba utama yang akan mewakili pasukan McLaren di litar perlumbaan F1 musim ini.

Pelumba kelahiran Australia itu menandatangani kontrak tiga tahun bersama McLaren.

Ricciardo berhijrah ke pasukan McLaren tahun ini selepas dua tahun bersama Renault.

“Saya sangat teruja dan tidak pernah membayangkan akan berlumba untuk pasukan hebat seperti McLaren.

“Saya menyertai mereka keran misi dan visi pasukan yang jelas dalam dunia perlumbaan F1 dan sangat gembira diberi kepercayaan mewakili pasukan McLaren musim ini.

“Mereka berada dalam landasan menjadi pencabar terkuat kepada pasukan handalan Ferrari, McLaren Mercedes dan Red Bull dalam dunia F1,” katanya semasa pelancaran jentera baharu F1 2021.

Musim ini dia akan berlumba bersama rakan sepasukannnya Lando Norris untuk jentera McLaren.

Ricciardo pernah menaik podium selaku juara sebanyak tujuh kali bersama Red Bull antara tahun 2014 hingga 2018 sebelum berhijrah ke Renault.-MalaysiaGazette