M A Tinagaran
KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi PKR Perak, M A Tinagaran hari ini dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak yang dimaklumkan perkara itu meminta semua pihak bertenang.

“Diharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian pada masa ini.
“Kami berharap siasatan akan dijalankan secara telus dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” katanya salam kenyataan hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Tinagaran ditahan SPRM bagi memberi keterangan siasatan berhubung projek pembangunan di Perak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast