Dr. Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan  MA Thinagaran adalah kenalan rapat keluarganya dan bukan pembantu beliau.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata,  beliau tidak pernah menyokong amalan rasuah dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan masih mengekalkan nilai-nilai itu sebagai seorang reformis awal parti berkenaan.

Xavier berkata, laporan media yang mengaitkan namanya dengan Thinagaran telah menimbulkan prasangka terhadapnya sebagai wakil rakyat.

”Bertindak atas nasihat keluarga dan rakan saya membuat kenyataan ini untuk membersihkan nama saya dengan pihak berkuasa,” ujarnya.

Thinagaran ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas hadir di pejabat SPRM Perak untuk siasatan.

Sebuah portal melaporkan SPRM telah merampas sejumlah RM1.2 juta milik Tinagaran yang juga pegawai tugas-tugas khas kepada Xavier.

Laporan itu juga mendakwa mendakwa, kereta mewah yang dirampas adalah kereta yang digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast