Employees Provident Fund EPF withdrawal Najib Razak
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistemnya mengkreditkan dividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung
bulan Februari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, KWSP juga memerlukan sedikit masa untuk memproses permohonan i-Sinar berikutan berlaku perubahan dalam proses kelulusan.

“Kerajaan telah berbincang dengan KWSP untuk mempermudah proses kelulusan, terutamanya bagi mereka yang telah membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

”Ini akan melibatkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa,” katanya dalam kenyataan Laporan Laksana ke-41 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin).

Pada 11 Februari lalu, KWSP telah mengumumkan pemansuhan semua syarat pengeluaran i-Sinar bagi membantu rakyat mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast