Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

SHAH ALAM – Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor telah mengemukakan semakan kehakiman terhadap keputusan penolakan perintah reman ke atas Pengasas Sugarbook di Mahkamah Shah Alam pada hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat berkata, bagaimanapun suspek warga tempatan berusia 34 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan dalam dua kes di bawah Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua kes membabitkan kejadian rogol berlaku di Subang dua tahun lalu iaitu pada 19 Februari 2019.

“Pagi tadi selepas suspek dihadapkan untuk perintah reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, permohonan polis telah ditolak.

“Sehubungan itu, Pengarah Pendakwaan Negeri telah membuat permohonan semakan ke atas keputusan Mahkamah Majistret tersebut.

“Permohonan itu akan didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam pada 19 Februari 2021 (esok) jam 9 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Fadzil berkata, suspek yang berasal dari Minden Height, Gelugor, Pulau Pinang.

“Insiden itu berlaku di Subang dua tahun lalu di mana pengadu dalam kes ini adalah seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan,” katanya.

Suspek ditahan pada jam 4 petang semalam di pekarangan Icon Residens KL oleh JSJ IPK Selangor dan JSJ IPD Shah Alam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast