TASEK GELUGOR – Seorang kontraktor telekomunikasi ditahan polis selepas kereta dipandunya merempuh sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Kampung Selamat di sini hari ini.
Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan jam 11 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi SJR.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek memandu kereta jenis Proton Saga itu datang dari arah Padang Serai, Kedah.
Jelas beliau, anggota SJR menahan kereta itu untuk pemeriksaan sebelum dia tiba-tiba memecut laju dan melanggar sebuah kon dan lampu SJR.
“Hasil siasatan mendapati suspek memandu dalam pengaruh dadah selain ujian air kencingnya positif dadah syabu.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Noorzainy, suspek juga dikenakan tindakan kompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran daripada pihak polis. – MalaysiaGazette
Baja Sakai sememangnya kemaruk dadah dan kaki botol.