Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjangka hampir 530,000 borang E Tahun Saraan 2020 diterima daripada majikan berdaftar di seluruh negara.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam kenyataannya berkata, bagi borang BE, B, BT, M dan MT pula, dijangkakan sekitar 3.27 juta diterima daripada individu yang mempunyai rekod Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Ansuran CP500 pada tahun 2020.

Kata kenyataan itu, pengemukaan borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.

Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

“Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor pin terlebih dahulu dengan hadir ke kaunter cawangan LHDNM atau secara dalam talian melalui borang maklum balas di portal rasmi kami.

“Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM,” kata kenyataan itu, hari ini.

Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah melakukan tindakan set semula kata laluan e-Filing, boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (dalam negara), 603-8911 1100 (luar negara) atau kunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM yang berhampiran.

Maklumat lanjut berkenaan program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021 boleh dirujuk di portal rasmi www.hasil.gov.my atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas. http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_1.pdf.

Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast