Mya Thwe Thwe Khaing, 20, maut ditembak semasa tunjuk perasaan rampasan kuasa di Myanmar. foto agensi

YANGON – Seorang wanita yang menyertai demonstrasi rampasan kuasa Myanmar maut apabila terkena tembakan di kepala.

Mya Thwe Thwe Khaing, 20, mengalami kecederaan pada awal minggu lalu ketika polis sedang berusaha untuk meredakan penunjuk perasaan menggunakan meriam air, peluru getah, gas pemedih mata dan juga lastik.

Namun, kumpulan penunjuk perasaan mendapati tembakan di kepala Mya Thwe adalah daripada peluru hidup.

Sementara itu, menurut kenyataan agensi berita Reuters, kakak mangsa Ye Htut Aung merasa sangat sedih dan tidak mampu untuk berkata-kata selepas adiknya maut ditembak.

Bagaimanapun, mangsa penunjuk perasaan itu telah dibawa ke hospital di ibu kota Nya Pyi Taw selepas kejadian pada 9 Februari lalu.

Menurut BBC Burma, pengawai perubatan berkata, mangsa telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala.

Pihak hospital mengesahkan kematian mangsa pada pukul 4.30 pagi.

“Kami akan mencari keadilan dan terus maju.

“Semua kakitangan juga telah menghadapi tekanan yang sangat besar sejak mangsa dibawa ke unit rawatan intensif mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, anggota jawatankuasa pengebumian berkata, urusan pengebumian sedang dibuat dan lebih banyak maklumat terperinci akan dikeluarkan.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan menyiasat kes tersebut. -MalaysiaGazette