GOMBAK – Hari ini, calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bukan sahaja perlu membudayakan norma baharu tetapi juga mencipta sejarah tersendiri dalam lakaran pendidikan negara.
Selepas mengikuti sesi kelas tahunan terpanjang selama hampir 14 bulan – hari ini mereka dibenarkan menduduki peperiksaan SPM walaupun sudah berganjak tahun 2021.