MILAN – Dua gol tandukan Cristiano Ronaldo membantu Juventus menewaskan pasukan tercorot, Crotone 3-0 pada awal pagi tadi.
Juventus membuka jaringan menerusi tandukan kencang pemain Portugal itu hasil hantaran silang Lobo Silva pada minit ke-38.
Ronaldo yang mengetuai barisan serangan tidak mengambil masa yang lama menjaringkan gol pada saat akhir separuh masa pertama hasil bantuan bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey.
Weston McKennie menjaringkan gol ketiga Juventus pada minit ke-66 yang membolehkan Juventus merapatkan jurang mata kepada 8 mata dengan pendahulu Serie A, Inter Milan. – MalaysiaGazette