Setiausaha Agung Gerakan Pembela Ummah, Khalil Idham Lim Abdullah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis tentang kegagalan AIM dalam menjelaskan yuran bulanan ahlinya yang telah dibuat pemotongan gaji di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto SHAFIY ZUL, 23 FEBRUARI 2021

KUALA LUMPUR – Tindakan mempersendakan Islam hingga cuba memurtadkan umat Islam di negara ini tidak boleh dimaafkan dan dipandang remeh kerana boleh menjejaskan keharmonian di antara agama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan Pembela UMMAH Malaysia, Idham Lim berkata, walaupun individu tertentu sudah membuat permohonan maaf, namun pihak berkuasa perlu bertindak tegas.

“Permohonan maaf tidak boleh diterima umat Islam dengan tindakan individu itu.

“Pihak polis dan pihak berkuasa mesti bertindak tegas ke atas individu ini atas isu yang dibangkitkan yang jelas menghina Islam, Nabi Muhammad SAW, menghina Kaabah, menghina masyarakat Melayu dan India Muslim.

“Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab menimbulkan keresahan dalam masyarakat dalam negara kita,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu Idham yang mewakili UMMAH membuat laporan polis terhadap seorang individu yang tidak dikenali memuat naik video dan bercakap bahasa Tamil mendakwa mengahwini wanita Islam dan telah murtad.

Video berdurasi tiga minit 11 saat yang tular di akaun YouTube Happy Family itu dipercayai dirakam sendiri oleh seorang individu mendakwa mengahwini seorang wanita Islam dengan tujuan untuk memurtadkannya dan kembali ke agama Hindu.

Dalam pada itu, Idham menyifatkan tindakan individu itu yang cuba memurtadkan umat Islam bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

“Perlembagan menghalang atau melarang mana-mana agama lain didakyahkan kepada penganut agama Islam.

“Ini satu penghinaan yang saya kira yang perlu diambil tindakan tegas,” katanya.

Katanya, bagi memastikan pelaku diambil tindakan dan memberi pengajaran kepada individu lain, UMMAH akan membuat laporan polis di seluruh negara.

“Insya-Allah daripada laporan ini kita juga telah mengarahkan semua UMMAH negeri dan Jaringan NGO di bawahnya untuk membuat laporan polis bermula hari ini hingga tiga hari berikutnya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Indonpreet sama suaminya Kelingpreet bikin introduksi bahwa pancasila bisa toleransi apostasi di Malaysia juga dong.

Comments are closed.