KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan diminta menjelaskan mengapa peluasan skim mySalam kepada golongan M49 ditangguhkan.
Datuk Seri Najib Razak berkata, Skim mySalam telah dibuka kepada golongan B40 dan M40 pada tahun lalu.
”Tapi golongan M40 tiba-tiba dipinggir tanpa penjelasan sejak bulan lepas? Adakah golongan M40 kebal daripada dijangkit Covid atau tidak terkesan dari pandemik Covid?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, kos mySalam adalah RM400 juta setahun.
Pada tahun lalu, jumlah pampasan dibayar dianggar sekitar RM50 juta (termasuk RM35 juta untuk pampasan berkait Covid-19) berbanding tahun 2019 cuma RM13.7 juta.
Daripada jumlah itu, Najib berkata, masih ada ruang kewangan untuk membantu golongan M40. – MalaysiaGazette