Pengarah Urusan NAR Trading Traders Sdn Bhd telah didakwa mengikut Seksyen 137, Akta Perkhidmatan Kewangan di Mahkamah Bentong Pahang kerana disyaki menjalan perniagaan kewangan tanpa lesen dari Bank Negara Malaysia.- Gambar FB

KUANTAN – Pengarah Urusan NAR Trading Traders Sdn Bhd telah didakwa mengikut Seksyen 137, Akta Perkhidmatan Kewangan di Mahkamah Bentong Pahang kerana disyaki menjalan perniagaan kewangan tanpa lesen dari Bank Negara Malaysia menurut sumber kepada Bernama.

Jika disabitkan kesalahan, pengarah tersebut berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun dan denda tidak melebihi RM50 juta ringgit.

Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu telah disenarai hitamkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada November 2020.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya seperti membekukan akaun akaun milik syarikat terbabit.

Siasatan masih lagi dijalankan ke atas operasi syarikat ini.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga sedang giat menjalankan siasatan terhadap skim-skim pelaburan yang tidak sah di Malaysia.

Orang awam dinasihatkan untuk merujuk dengan agensi seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat apa apa pelaburan.- BERNAMA