KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sarawak yang sepatutnya tamat 1 Mac ini dilanjutkan selama dua minggu lagi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), masih berlaku peningkatan kes di seluruh negeri itu dengan 2,623 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari lalu.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh negeri Sarawak bermula 2 Mac sehingga 15 Mac 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.-MalaysiaGazette