The Foxes dikejutkan di halaman sendiri oleh kelab Czech dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi.

LONDON – Leicester City akan bangkit semula dengan aksi lebih baik musim depan selepas tersingkir pada persaingan Liga Europa awal pagi tadi.

The Foxes yang menerima kunjungan Slavia Prague di Stadium King Power kecundang 0-2 di tangan kelab Republik Czech itu.

Pengurus pasukan Brenden Rodgers mengambil tanggungjawab di atas kekalahan itu.

Kini persainga liga dan Piala FA menjadi tumpuannya.

“Kami perlu mengambil pengajaran dari kekalahan tersebut.

“Saya akui pasukan belum cukup sempurna malam ini berbanding prestasi dalam liga domestik musim ini.

“Apa yang pasti kami akan bangkit semula musim depan dengan berbekalkan kekuatan lebih baik,” ujar Rodgers.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast