Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Waktu mula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi petang dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15
petang berkuatkuasa 1 Mac ini hingga tamat peperiksaan tersebut pada 25 Mac depan

Berikutan itu, waktu tamat peperiksaan akan dilanjutkan selama
15 minit.

Menurut Kementerian Pendidikan, pindaan itu bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan solat sementara menunggu waktu mula peperiksaan
bagi sesi petang.

“Sehubungan dengan itu, LPKPM (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan MNalaysia) memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta jabatan pendidikan negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, pindaan itu dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang
ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast