Petugas kesihatan SelCare melakukan ujian saringan Covid-19 kepada orang awam di Dewan Komuniti Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Foto SHAFIY ZUL, 21 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes sembuh harian terus mengatasi kes baharu positif Covid-19.

Perkembangan hari ini menyaksikan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 3,320 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 270,166.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr  Noor Hisham Abdullah, kes positif hari ini adalah sebanyak 2,364 kes berbanding 2,253 kes semalam.

“Sejumlah 2,363 adalah kes penularan tempatan dan satu kes penularan import,” katanya.

Ia menjadikan jumlah kes keseluruhan positif Covid-19 di negara ini adalah pada paras 298,315 kes.

Daripada jumlah kes positif hari ini, sejumlah 27,028 kes adalah kes aktif dengan 190 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 99 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, menurut Dr Noor Hisham,  sebanyak sepuluh kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah korban Covid-19 di negara ini kini 1,121 kes.

Selangor mencatatkan 862 kes, diikuti Johor (314), Perak (305), Sarawak (255), Sabah (157), Pulau Pinang (155), Kuala Lumpur (117), Negeri Sembilan (74), Kelantan (68), Melaka dan Kedah masing-masing 17, Pahang (8 ) dan Putrajaya 4 kes

Tiada kes baharu di Perlis dan Labuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast