IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Taman Harmoni, Buntong di sini yang dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh malam ini, remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Affizah Arsad di talian  010-8792531 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05- 2451500. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast