Berinfaq ketika susah, bukan sesuatu yang mudah.
Logiknya, bagaimana mahu membantu orang lain sedangkan diri sendiri juga sedang berada dalam kesempitan.
Namun percayalah, masih ada insan-insan ‘berhati emas’ yang sanggup berkongsi rezeki yang sedikit demi untuk membantu orang lain yang difikirkan lebih memerlukan terutama dalam kemelut kesan pandemik Covid-19.