KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan satu kes rasuah.
Menurut SPRM, lelaki yang sedang dikesan ialah Tan Tong Yaip, 34, pemegang kad pengenalan 870710-43-5439 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur dan No. 67, Jalan Intan 4, Taman Yayasan Kuala Langat, 42600 Jenjarom, Selangor.
Sementara itu, turut dikesan ialah isterinya, Hii Ching Nii, 31, pemegang kad pengenalan 900121-13-6638 dan mempunyai dua alamat terakhir di B23-6, Verve Suites KL South, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur dan No.13-E, Lorong 5, Jalan Gambir, 96000 Sibu, Sarawak.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta menghubungi Penolong Penguasa Saiful Nizam Mat Yasin di talian 017-338 0736 / 03-9206 5000 atau emel ke alamat [email protected]. -MalaysiaGazette