Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara menolak rayuan 16 bekas ahli UMNO yang memohon pembubaran parti itu perlu dijadikan suntikan semangat baharu kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti keramat ini perlu terus bertahan dan akan kembali mengasak dengan lebih hebat bersama Bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 demi nasib rakyat dan negara bangsa.

”Kita jangan lupa siapa 16 mereka ini. Janganlah ada lagi dalam kalangan kita seperti mereka.

”Kita mesti peka juga siapa di belakang mereka. Supaya kita tahu yang mana intan yang mana kaca,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah beliau, kepada seluruh ahli UMNO, bersatulah, jangan jadi si kitol seperti dalam sejarah lampau. – MalaysiaGazette

Usaha bubar UMNO gagal, mahkamah tolak rayuan 16 bekas ahli parti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast