Kementerian Kerja Raya (KKR) berjaya menyiapkan 99 peratus daripada projek-projek kendaliannya sekaligus mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu sepanjang tahun lalu.
Meskipun berdepan dengan halangan utama iaitu pandemik Covid-19, namun segala projek yang dilaksanakan berjalan dengan lancar meskipun tidak dapat mengikut jadual yang ditetapkan.