Penduduk New Zealand berada di kawasan tinggi di Great Barrier Island selepas negara ini diancam tsunami. foto Agensi

WELLINGTON – New Zealand telah menarik balik amaran tsunami selepas negara ini dilanda gempa bumi paling kuat.

Beribu-ribu penduduk dari kawasan pantai di North Island dipindahkan selepas gempa bumi ketiga dengan 8.1 magnitud menggegarkan negara ini.

Terdapat laporan kesesakan lalu lintas ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi.

Amaran tsunami nasional ditarik balik pada pukul 15:43 (02:43 GMT), kira-kira 13 jam selepas gempa pertama.

Beberapa gelombang besar melanda bahagian pantai tetapi setakat petang ini, pihak berkuasa mengatakan gelombang terbesar telah berlalu.

Penduduk juga dibenarkan pulang ke rumah tetapi diberi amaran agar menjauhi dari pantai masih dikekalkan.

Kepulauan Pasifik Selatan di New Caledonia dan Vanuatu telah diberi amaran untuk bersiap-sedia menghadapi gelombang berbahaya.

Gelombang pantai setinggi 3.0 meter (10 kaki), sementara beberapa bahagian di Amerika Selatan – termasuk Peru, Ecuador dan Chile – diberi amaran gelombang mencecah 1.0 meter.

Pusat Peringatan Tsunami Pasifik yang berpusat di Hawaii mengatakan “gelombang tsunami telah diperhatikan”, tetapi belum ada kerosakan yang dilaporkan

Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam Instagramnya berkata: “Harap semua orang baik-baik saja.”

Ketiga-tiga gempa bumi, semuanya melepasi 7.0 magnitud, berlaku pada awal pagi hari Jumaat.

Yang terakhir, pada 8.1 magnitud melanda sekitar jam 8.30 pagi dekat Kepulauan Kermadec, pulau yang tidak berpenghuni, 1,000 km (621 batu) di timur laut New Zealand. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast