Para pengunjung tidak melepaskan peluang bersiar - siar bersama keluarga ketika hari pertama pembukaan Zoo Negara ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Pembukaan semula Zoo Negara menerima sambutan amat menggalakkan berikutan tawaran 20 peratus potongan harga tiket pada hari ini.

Para pengunjung yang mematuhi prosedur operasi standard tiba seawal jam 10 pagi selepas ia ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Zoo Negara menerima lebih 100 pengunjung yang rata-rata adalah warga tempatan tiga jam selepas ia dibuka.

Pengunjung, John lu (44) bercakap kepada media ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

Pekerja swasta, John Lu, amat teruja apabila hasratnya untuk melawat haiwan di sini akhirnya telah tercapai.

“Sebelum ini, kami sekeluarga sudah merancang untuk ke Zoo Negara pada bulan Februari lalu, namun atas faktor PKP kami semua terpaksa menangguhkannya.

“Saya berasa amat teruja apabila dapat melihat haiwan di sini, kerana ini merupakan pengalaman pertama kami sekeluarga ke Zoo Negara.

“Sehubungan itu, dengan tawaran sebanyak 20 peratus bagi harga tiket kami telah mengambil inisiatif ini untuk melawat haiwan yang ada di disini,” katanya.

Pengunjung, Nadia Bahari bercakap kepada media ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette di Zoo Negara,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC.

Suri rumah, Nadiah Bahari berkata, beliau bersyukur apabila mendengar Zoo Negara dibenarkan buka semula.

“Saya memang berharap agar zoo dapat dibuka semula kerana ingin membawa anak keluar dan melawat haiwan di sini.

“Walaupun tidak dapat merentas negeri pembukaan zoo ini pun sudah dapat mengembirakan hati saya, bahkan dapat memberi suasana baharu pada anak,” ujarnya.

Pengunjung, Noorshima Zalina Jailani,42 bercakap kepada media ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette di Zoo Negara,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

Suri rumah, Noorshima Zalina Jalani juga amat teruja dengan pembukaan itu yang dapat memberikan nafas baharu padanya.

“Alhamdulillah, setelah sekian lama terperap di rumah akhirnya saya dapat keluar ke tempat lain selain daripada pusat beli belah.

“Sebelum ini, saya hanya pergi ke pusat beli belah untuk keluar jika bosan. Namun, dengan berita gembira ini saya terus mengambil peluang untuk melawat ke Zoo Negara.

“Suasana di sini sangat meriah walaupun baru hari pertama pembukaan selepas sekian lama kita PKP,” jelasnya.

Bagaimanapun, terdapat juga pengunjung yang mengambil insiatif pembukaan ini untuk membantu perkembangan anak-anak mereka dalam mengenal haiwan.

Pengunjung, Hazrai zahar (31) bercakap kepada media ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

Pekerja swasta, Hazrai Zahar menyifatkan pembukaan semula zoo itu dapat membantu meningkatkan pembelajaran anak-anak dalam mengenal haiwan.

“Ketika PKP ini, anak-anak banyak terperap di rumah jadi saya hanya dapat mengajar mereka untuk mengenal haiwan melalui rancangan National Geographic sahaja.

“Selepas mendapat tahu Zoo Negara dapat dibuka, saya terus membawa anak-anak ke sini untuk memberikan mereka pengalaman di samping mengajar mereka mengenal haiwan secara bersemuka.

“Ini secara automatik dapat membantu perkembangan anak-anak saya.” ujarnya.

Pengunjung, Ck teh (32) bercakap kepada media ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette di Zoo Negara Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

Namun, lain pula cara blogger, CK Teh yang memilih destinasi Zoo Negara sebagai tanda sokongan pengoperasian semula pusat rekreasi itu

Beliau berkata, dia ke sini untuk membantu meringankan beban zoo yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Saya difahamkan, Zoo Negara kekurangan dana untuk membeli makanan semua haiwan yang ada di sini. Maka, saya ingin membantu mempromosikan pembukaan ini dengan membuat video untuk diletakkan di dalam youtube.

“Di samping itu, saya berharap dengan video yang saya hasilkan dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke sini.

Pengunjung mengambil gambar seekor panda ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette di Zoo Negara,Kuala Lumpur. Foto FIKRI YAZID, 5 MAC 2021.

“Dengan kunjungan yang dilakukan, sedikit sebanyak dapat membantu pihak mereka serta meningkatkan ekonomi negara yang turut terkesan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast