Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mengesahkan telah memadamkan kenyataan beliau bertarikh 4 Mac lalu bagi mematuhi perintah mahkamah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan untuk ketepikan perintah Injunksi ex parte tersebut dengan serta merta.

”Saya juga menuntut ganti rugi daripada Tan Sri Muhyiddin Md Yassin,” katanya yang percaya kepada sistem kehakiman negara dan akan membela diri saya di mahkamah.

Artikel berkaitan: Puad akur perintah injuksi terhadapnya

Muhyiddin peroleh injunksi sementara halang Puad Zarkashi terbit kenyataan fitnah

Muhyiddin minta Puad Zarkashi mohon maaf, ganti rugi RM10 Juta

Puad akan jawab isu tuntutan maaf dari Muhyiddin

Bertanya pun kena saman? – Puad

Muhyiddin jalani kuarantin, nafi fitnah Puad Zarkashi – Pejabat PM

Awal bulan ini Muhyiddin memperoleh perintah injunksi sementara bagi menghalang Datuk Mohd Puad daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah membabitkan perdana menteri itu berhubung perintah kuarantin di akaun Facebook.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan permohonan ex-parte yang dikemukakan perdana menteri itu.

Dalam notis permohonan ex-parte difailkan bersama dengan writ saman itu, Muhyiddin memohon perintah injunksi bagi menghalang Mohd Puad selaku defendan atau ejennya, wakilnya atau sesiapa sahaja, daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi  semula hantaran membabitkan kenyataan fitnah berhubung perkara itu menerusi akaun Facebook milik Mohd Puad.

Muhyiddin memfailkan permohonan atas alasan penghantaran yang dibuat oleh Mohd Puad adalah palsu, memfitnah dan telah menyebabkan reputasi dan nama baik perdana menteri itu di Malaysia dan peringkat antarabangsa terjejas.

Permohonan itu perlu dibuat secara ex-parte kerana jika notis diberikan kepada defendan terdapat risiko bahawa defendan akan mensensasikan permohonan berkenaan menyebabkan pembaca akan berkongsi lanjutan hantaran tersebut. – MalaysiaGazette