Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim.

SEREMBAN – Polis mengesahkan menerima laporan seorang lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dikatakan di Kemayan Square, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis pada 5.45 petang tadi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya  ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk rawatan susulan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki  jatuh  dari sebuah bangunan dan menimpa tong-tong sampah yang berada di tingkat bawah bangunan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast