M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan gabungan beberapa parti politik bahawa suruhanjaya itu telah dijadikan sebagai ‘senjata politik’ dalam melaksanakan tindakannya.

Menurutnya, SPRM merupakan sebuah agensi penyiasatan yang bebas dan sentiasa memastikan tindakannya berlandaskan undang-undang tanpa membabitkan kecenderungan politik.

“Tohmahan tersebut dianggap sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab kerana perkara itu boleh menjejaskan imej SPRM sekali gus menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang mana ia memberi tekanan kepada ahli-ahli Parlimen, pegawai dan ahli keluarga.

Kenyataan bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan majlis itu difahamkan tindakan agensi kerajaan yang dilakukan didakwa untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast