hatrik Lewandowski musnahkan Borussia Dortmund 4-2 dalam aksi Bundesliga Jerman malam tadi

LONDON – Bayern Munich berjaya mengejutkan Borussia Dortmund apabila bangkit selepas ketinggalan dua gol sebelum menjinakkan lawannya 4-2 dalam aksi Bundesliga Jerman malam tadi.

Kelincahan Lewandowski meledakkan gol hatrik membantu juara bertahan, Bundesliga itu bangkit menundukkan pasukan pelawat itu.

Pada awal perlawanan, tuan rumah yang menerima kunjungan Borussia dikejutkan dengan dua gol penyerang berbisa Erling Haaland pada minit ke-2 dan 9.

Namun Lewandowski membantu pasukannya bangkit pada minit ke-29 menerusi rembatan menarik.

Kemudian seminit sebelum separuh masa pertama ditangguhkan pengadil, Lewandowski sekali lagi meledakkan gol penyamaan menjadikan keputusan 2-2 sebelum wisel ditiup.

Pada separuh masa kedua,kedua-dua pasukan berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan.

Hasilnya Bayern ternyata lebih mendominasi perlawanan dan meledakkan gol ketiga menerusi Leon Goretzka pada minit ke-88.

Borussia yang mencari gol penyamaan tanpa berputus asa sekali lagi dikecewakan oleh lewandowski yang menjadi pemusnah mereka selepas memperolehi sepakan penalti pada minit terakhir ke-90 dan menjaringkan gol keempat untuk mengesahkan tiga mata penuh.

Dengan kemenangan itu, Bayern kekal mengungguli carta dengan 55 mata selepas 24 perlawanan manakala Borussia Dortmund jatuh ke tangga ke-9 dengan 39 mata selepas mengharungi 24 perlawanan dalam liga setakat ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast