KUALA LUMPUR – Jika mahu lihat bagaimana kaedah menyelamatkan diri, boleh lihat katak yang kini selesa ‘di seberang jalan’.
Boleh juga lihat kepada burung belatuk yang sedang kekenyangan dapat dedak ‘di belakang rumah’, kias Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian menyindir sikap sesetenga bekas pemimpin UMNO yang ‘melompat’ parti selepas kalah dalam PRU-14 lalu.
“Sedangkan pemimpin UMNO ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan UMNO walau apa menimpa mereka,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid juga menyatakan bukan senang bagi mengekalkan parti UMNO selepas kalah dalam PRU-14.
Selain itu, menurutnya, dasar penyatuan ummah sepatutnya berlandaskan kejujuran dan keikhlasan bukan untuk menguasai atau dikuasai, bukan juga untuk kepentingan individu.
“Selepas usaha menghancurkan UMNO gagal sejak dua tahun lalu, kini wujud pihak yang menggunakan broker untuk menjayakan usaha mengawal parti itu.
“Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan. Musuh tahu UMNO parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula. Kerana itu mereka berusaha gigih menghancurkan UMNO once and for all sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya.
“Untuk itu UMNO mahu dalam kawalan mereka pula selepas riwayatnya tidak mampu ditamatkan. Menggunakan broker bertaraf jurucakap dan claim merekalah penyatuan ummah,” katanya menerusi Facebook.
Sekiranya usaha itu berjaya, Ahmad Zahid menjangkakan jutaan ahli akan berjaya dikawal dan dipergunakan.
“Andai berjaya, jenama UMNO boleh dipergunakan. Jutaan ahli UMNO boleh ‘diremote’ dan dikudakan. Tanpa cabaran pemimpin dan ahli UMNO, kedudukan dan kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin. Walaupun itu bermaksud kebajikan rakyat terabai, ekonomi merudum manakala demokrasi tercalar,” katanya lagi.
Justeru itu, sebagai parti yang memiliki lebih tiga juta ahli dan penyokong, Ahmad Zahid berkata UMNO tidak boleh menyerah kalah meskipun berhadapan dengan pendakwaan seperti beberapa pemimpin parti itu, termasuk dirinya.
“UMNO juga yang memayungi kaum-kaum lain secara adil sejak merdeka. Buktinya lihatlah sekeliling. Kerana enggan menggadaikan UMNO, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah,” katanya.- MalaysiaGazette
Kami akar umbi akan tetap setia bersama UMNO..kami sama sekali menolak hasutan utk bergabung dgn ppbm walau apapun terjadi..
Terbaik Tn Presiden..
Kami tak mahu generasi umno yang terlibat dengan bermacam macam rasuah….tolak pemimpin yang mengamalkan rasuah. Kami di peringkat akar umbi tahu rasuah yang berleluasa namun kekurangan bukti nyata.