KUANTAN – Proses memadam kebakaran hutan tanah gambut di Kilometer 24, Jalan Kuantan-Penor di sini agak mencabar dan mengambil masa berikutan bara api di bawah tanah yang masih aktif.

Pengarah Jabatan Bomba .dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang, Ir Wan Zaidi Wan Isa berkata, siasatan awal mengesyaki kebakaran yang kini merebak ke kawasan seluas 20 hektar itu berpunca daripada pembakaran sampah di tapak pembinaan berhampiran sejak semalam.

bomba pahang
Ir Wan Zaidi Wan Isa

Katanya, proses memadam kebakaran dilakukan secara berhati-hati kerana tanah gambut berisiko tinggi dan khuatir berlakunya insiden tanah jerlus.

“Kebakaran di tanah gambut cepat merebak, pada dasarnya kita tak nampak api di dasar bawah tanah.

“Air disuntik ke dalam tanah dan bimbang tanah gambut yang terbakar di bawah akan menyebabkan tanah jerlus, kerana sebelum ini ada anggota yang pernah terjerlus,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Menurut beliau, selain pasukan bomba,  Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang dan pekerja ladang berhampira turut membantu proses memadamkan kebakaran.

Dalam pada itu, kebakaran hutan simpan di daerah Rompin dan Muadazam melibatkan lebih 100 hektar yang dikesan minggu ini terkawal sepenuhnya.

Bertndak hasil daripada maklumat orang awam selepas mendapat panggilan dan aduan tentang kebakaran hutan, pihak bomba terus membuat tinjauan awal di  sekitar  Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam.

“Pihak kami berusaha melakukan strategi untuk memadamkan api secara optimum kerja-kerja pemadaman dan melibatkan anggota yang berada daerah berhampiran dengan lokasi kebakaran.

bomba kebakaran
Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan.

“Kaedah water bombing akan digunakan jika memang tiada jalan masuk dan terpaksa menggunakan helikopter bomba mengangkut air di kawasan terbuka.  dan terpaksa menurunkan pegawai bomba menggunakan helicopter.

Ujarnya, mengikut kepada pengalaman lepas, proses pemadaman kebakaran mengambil masa hamper tiga minggu bergantung kepada keadaan cuaca dan keluasan kawasan yang terbakar.

Wan Zaidi juga menyeru pekebun agar tidak membuat kerja-kerja pembakaran secara terbuka dan melakukan pembakaran secara kawalan terutama pada musim kemarau ini.– MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast