Para pelajar MTD Sungai Besi bersujud syukur beramai-ramai selepas habis kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur semalam.-Gambar FB Hafizi.

KUALA LUMPUR – Sujud syukur beramai-ramai selepas habis kertas terakhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Itu disiplin para pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini sehingga menyebabkan guru yang menjaga mereka kagum dan terharu.

Guru terbabit, Hafizi Amran berkata, tahap disiplin mereka tinggi dan sangat menhormati guru berbanding pelajar sekolah menengah lain.

“Tapi yang paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka. Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat,” katanya di Facebooknya semalam.

Bagi Hafizi, pelajar MTD juga tidak banyak kerenah.

“Bagi sahaja kertas peperiksaan mereka akan tunduk dan tekun menjawab. Bila siap barulah angkat kepala. Yang keluar pergi tandas boleh bilang dengan jari dari hari mula jaga SPM sehingga ke kertas terakhir,” tulisnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast