Penghantar makanan meredah hujan lebat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di seluruh negara dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam jangka masa singkat, khususnya pada waktu petang dan awal malam, bermula 16 Mac ini hingga pertengahan Mei, berikutan fasa peralihan monsun.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata, keadaan cuaca itu yang menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula pada 11 November lepas, dijangka berlaku di kebanyakan  kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar  lebih berwaspada sepanjang tempoh berkenaan selain sentiasa peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia.

Maklumat terkini cuaca boleh disemak melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi atau talian hotline 1-300-22-1638. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast