Meskipun PKR kini dilihat sedang berhadapan dengan krisis hilang sokongan daripada Ahli Parlimennya namun Datuk Seri Amirudin Shari yakin parti itu mampu bertahan.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor itu menyifatkan, apa yang sedang dialami parti berkenaan sebagai adat resam dalam politik yang perlu dihadapi.
Walaubagaimanapun, beliau berkata semua pemimpin parti itu perlu teguh dengan pendirian untuk terus bersama-sama PKR.