Adham Baba The President of Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM), Mohd Azmi Bin Abdul Hamid. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 01 SEPTEMBER 2018 double standard ministers quarantine Muhammad Sajjad Nur Sajat Islam Muslim
Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu meningkatkan tahap celik kepengunaan bagi membolehkan mereka menjadi pengguna yang lebih bermaklumat, waspada serta berhemat.

Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hak pengguna perlu dihormati serta dilindungi selain memberi penekanan terhadap amalan komersial yang tidak adil serta ketidaksaksamaan sosial.

“Kami juga sedar kepenggunaan kini sudah menguasai hidup seluruh manusia di mana sahaja sehingga pengguna mudah terperangkap kepada eksploitasi dan penipuan dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Hak Pengguna Dunia 2021 hari ini.

Menurut Mohd Azmi, pada peringkat antarabangsa, hak pengguna dilihat sebagai perkara yang penting berikutan tindakan syarikat multinasional yang cuba meraih keuntungan maksimum di atas kekurangan tahap kesedaran pengguna.

Berikutan itu, tambah beliau, pembangunan negara yang lestari menjadi semakin mencabar akibat pelbagai isu yang dihadapi rakyat sebagai pengguna.

“Pembangunan yang berciri mapan dan lestari sewajarnya menjadi matlamat kepada usaha menjadikan negara yang memenuhi kriteria 17 Matlamat Pembangunan Mapan dalam Sustainable Developement Goal (SDG).

“Ia telah disepakati ketika perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015 untuk dicapai pada 2030,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, pandemik Covid-19 yang berlanjutan telah memberi kesan kepada ekonomi negara dan merencatkan pelbagai usaha menangani isu kos sara hidup.

Tambah beliau, kini nasib pengguna B40 terjejas teruk akibat pembuangan pekerja, penguncupan pendapatan dan kehilangan peluang kerja yang memaksa mereka mencari alternatif lain untuk meneruskan kehidupan di samping mengharapkan bantuan kerajaan.

Berikutan itu, Majlis Penasihat Pengguna Negara menasihatkan pengguna terus mengamalkan budaya kepenggunaan yang berhemat, cermat dan lestari. – MalaysiaGazettee

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast