Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kiri) dan Setiausaha Agung Parti PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) bergambar sambil memegang plakad selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur hari ini.

“Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR juga menggesa rakyat untuk segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah.

“Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya.

Selain Anwar, isterinya Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Semalam, ahli-ahli Parlimen Kuala Lumpur turut menerima suntikan vaksin selain Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast