Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menggesa agar tindakan drastik diambil termasuk menutup sekolah yang melaporkan kes aktif jangkitan Covid-19 di negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut mencadangkan sekolah yang terlibat mengaktifkan sepenuhnya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kerajaan negeri baru dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) bahawa pihaknya tidak dibenarkan menutup sekolah yang mencatatkan kes aktif Covid-19 kecuali dengan kebenaran Menteri Kanan Pendidikan.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri berharap JPNPP dapat meneliti penilaian risiko semasa berdasarkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang demi keselamatan kesihatan para pelajar, guru serta kakitangan di institusi pengajian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, kira-kira 10 murid di sebuah sekolah di Simpang Ampat, Nibong Tebal dilaporkan positif Covid-19.

Difahamkan mereka yang positif terdiri daripada pelajar tahun empat dan enam.

Bagaimanapun, tiada arahan penutupan sekolah dibuat oleh JPNPP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast