Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan (tengah) semasa sidang media selepas majlis 40 aset kenderaan pelbagai jenis bagi kegunaan PDRM di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang telah mengeluarkan kompaun kepada 1,410 individu yang melanggar arahan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu.

Antara kesalahan yang dilakukan  sehingga dikenakan kompaun ialah tidak mendaftar dengan MySejahtera, alasan lupa memakai pelitup muka dan tidak ada penjarakan.

“Kebiasaannya pihak polis memberi nasihat dan amaran telebih dahulu sebelum mengenakan kompaun. Jangan melanggar SOP, jangan percaya dakyah dapat mengurangkan kompaun atau membatalkan kompaun,” kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan.

Sebelum itu, beliau mewakili Polis Pahang telah menerima sebanyak 30 buah kereta model Civic 1.8s untuk melaksanakan tugas unit anggota kereta peronda (MPV).

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Yusri Hasan Basri.

Menurut Abdul Jalil, sebanyak 605 kes pula dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh setahun sehingga 17 Mac lalu.

Terdahulu beliau berkata, peruntukan tambahan kerajaan telah melayakkan Polis Kontinjen Pahang hari ini menerima 40 aset kenderaan daripada pelbagai jenis bagi kegunaan jabatan diagihkan kepada semua 11 daerah di negeri itu.

Menurut beliau, aset yang diterima merupakan 28 Hilux GS Kargo, lapan buah motosikal Kawasaki GTR1400cc, tiga buah Mitsubishi Triton dan sebuah Toyota Hilux.

Kenderaan yang diterima merupakan tambahan dan gantian yang sedia ada bagi kegunaan ibu pejabat dan daerah berikutan kenderaan telah berusia serta sesuai untuk dilupuskan.

“Ketua-ketua Jabatan atau cawangan berkenaan perlu memastikan kenderaan tidak disalah gunakan seperti untuk kepentingan peribadi.

“Kita mahu aset-aset ini sentiasa diselenggara mengikut tarikh dan bacaan odometer serta memastikan kendetaan ini sentiasa mempunyai kelengkapan yang cukup,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast