Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya parti itu melantik ejen untuk mengambil komisen daripada penyelesaian kerajaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan kononnya Bersatu telah mendapat komisen sebanyak RM500 juta itu tidak lebih daripada mencemarkan imej baik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dakwaan berbaur fitnah itu dilihat sebagai strategi ‘character assasination‘ (pembunuhan watak) terhadap Muhyiddin yang terbukti seorang pemimpin dihormati dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Tuduhan bahawa kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB bersama Goldman Sachs juga adalah tidak berasas.

“Memang terang lagi bersuluh saingan politik beliau sedang cuba merosakkan imej ini dengan tohmahan yang bertubi-tubi kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai calon Perdana Menteri yang lain.

”Mereka tidak ada calon Perdana Menteri yang prihatin rakyat, bersih, berwibawa dan berintegriti seperti Tan Sri Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan pejabat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor membuat laporan polis berhubung dakwaan RM500 juta dibayar kepada parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi.

Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu, wang terbabit didakwa sebagai komisen untuk membantu kerajaan mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs berkaitan kes 1MDB.

Justeru itu, Wan Saiful lagi yang juga ahli Biro Politik dan Jawatankuasa Pengurusan Bersatu menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini kerana sememangnya tiada ejen dilantik dan tidak ada komisen diterima, malah itu bukan budaya Bersatu. 

“ jadi komitmen kami adalah memastikan kes 1MDB diselesaikan segera, pesalah menerima keadilan dan dana negara yang dirompak dikembalikan untuk manfaat rakyat,” tegasnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.