Telur
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar raya AEON Co (M) Bhd (AEON) menarik balik telur yang dikesan dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).

Dalam satu kenyataan hari ini, AEON memaklumkan telur yang terjejas mempunyai kod sama iaitu CEM014 dan telah dikeluarkan daripada rak.

“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” katanya kenyataan yang sama.

Para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 1300-80-2366 atau e-mel [email protected].

Sebelum itu, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilapor telah mengesan satu lagi kes telur tercemar dari negara ini.

Arahan telah dikeluarkan kepada beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari pengeluar berkenaan setelah dikesan tercemar oleh Salmonella Enteritidis (SE).- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kulit telur jer yang dicemari salmonella najis tahi ayam. Takkan makan telur dengan kulitnya sekali, kot?

Comments are closed.