Semalam tular beberapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Bora Ombak, Putrajaya di media sosial.

KUALA LUMPUR – Semalam tular beberapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Bora Ombak, Putrajaya di media sosial.

Justeru ada suara-suara nakal mempertikaikan mereka yang terlibat tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi bergambar selain mempertikaikan sebagai orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham tidak sepatutnya melanggar SOP.

Mengulas mengenainya, Dr. Noor Hisham menjelaskan sesi bergambar di atas pentas bersama pengantin hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” katanya di Twitternya.

 

Sementara itu, menurut pengacara majlis berkenaan, Fedtri Yahya, beliau bersyukur dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut SOP yang ditetapkan.

“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan Puan Sri Suwaida.

“Hanya 30 peratus kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” katanya lagi.

Menerusi posting di laman Instagramnya, Fedtri memuat naik beberapa foto memaparkan gambar kenangannya bersamaDr Noor Hisham dan anak- anaknya.

Selain itu, ramai warganet mengucapkan tahniah pada  Dr Noor Hisham dan isterinya kerana telah selamat menerima menantu. – MalaysiaGazzete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast