Vaksin Sinovac. foto Bloomberg Sinovac Vaccine WHO emergency approval World Health Organization Covid-19

BEIJING – Vaksin Covid-19 Sinovac Biotech lebih selamat dan mampu memberi tindak balas imun dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kata syarikat itu.

Data awal itu diperoleh daripada ujian klinikal Tahap I dan II yang melibatkan lebih daripada 500 orang berusia antara tiga dan 17 tahun yang menerima dua suntikan- sama ada dos vaksin sederhana atau rendah, atau plasebo.

Tindakan balas buruk adalah ringan, kata Zeng Gang, seorang penyelidik syarikat itu dalam satu persidangan akademik di Beijing.

Menurutnya, dua kanak-kanak yang menerima dos lebih rendah dilaporkan mengalami demam lebih tinggi, dikategorikan sebagai kelas 3, katanya, tanpa memberikan perincian atau suhu tertentu.

Tahap antibodi yang dicetuskan oleh CoronaVac Sinovac lebih tinggi daripada yang dilihat pada orang dewasa berusia 18 hingga 59 tahun dan pada orang tua dalam ujian klinikal sebelumnya, kata Zeng.

Bagi kanak-kanak berumur tiga hingga 11 tahun, dos yang lebih rendah boleh menyebabkan tindak balas antibodi yang baik dan dos sederhana berfungsi dengan baik untuk mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun, katanya.

Ujian Tahap III Sinovac di luar negara yang menguji kemampuan vaksin untuk mencegah penyakit Covid-19 setakat ini belum termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Syarikat itu juga sedang menguji penggalak ketiga dalam percubaan klinikal yang berpusat di China, dengan peserta diberi dos ketiga sekitar lapan bulan setelah menerima yang kedua.

Sinovac telah membekalkan 160 juta dos vaksin ke 18 negara dan wilayah termasuk China, dengan lebih 70 juta dos diberikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast