KUALA LUMPUR – Presiden UMNO tahu muslihat dan tipu daya ‘broker’ dalam parti dan semuanya dalam pemantauan dan radarnya.
Justeru Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pejuang dan penyokong UMNO jangan terlalu bimbang mengenainya.
“Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas UMNO sangat tidak boleh diterima.
“UMNO tidak boleh digadai. UMNO bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa. UMNO sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua,” katanya dalam Facebook hari ini.
Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak menamakan individu terlibat sebagai broker di dalam UMNO.
“Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden UMNO tidak alert rancangan mereka.
“Saya alert. Saya malah alert semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” ujarnya.- MalaysiaGazette
Siapa sbnrnya yang cuba gadai parti demi kepentingan diri? Cer tengok cermin ajaib tgk muke sapa yg keluar..