LONDON – Britian akan melancarkan program vaksinasi Covid-19 untuk kanak-kanak mulai bulan Ogos ini.
Menurut The Telegraph, suntikan akan diberi kepada kanak-kanak di bawah rancangan sementara kerajaan untuk menggalak perlindungan maksimum jangkitan terhadap koronavirus.
“Garis masa itu adalah beberapa bulan lebih awal dari yang dijangkakan.
“Sementara itu, data keselamatan daripada kajian yang dijalankan ke atas 300 sukarelawan berusia antara enam hingga 17 tahun dijangka akan didedahkan tidak lama lagi.
“Hasil ujiannya akan diterbitkan pada Jun atau Julai ini,” katanya.
Bagaimanapun, Universiti Oxford tidak menetapkan tarikh untuk menamatkan kajian yang dilancarkan pada bulan lalu.
Para pegawai kerajaan sedang menantikan hasil kajian vaksin kanak-kanak yang dijalankan oleh Universiti Oxford bagi vaksin yang dihasilkannya bersama dengan AstraZeneca Plc sebelum membuat keputusan muktamad berhubung program vaksinasi itu.
Untuk rekod, menurut satu kajian pada Isnin lalu, kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah menghasilkan lebih banyak antibodi dalam tindak balas kepada jangkitan koronavirus berbanding golongan belia dan dewasa. – MalaysiaGazette